Meskipun sudah bergelar ibu kepada tiga orang anak namun bentuk badan pelakon Fasha Sandha tetap ‘vogue’ macam anak dara.
Artikel Berkaitan: Tak Makan Nasi 2 Minggu, Fasha Sandha Gembira Dapat Turun 3.8kg
Artikel Berkaitan: Kurang Gemar Dengan Barang Kemas, Fasha Lebih Bahagia Di Samping Suami
Badan lawa
@irfan783837 #foryou #fyp #viral #tiktokmalaysia ? original sound – ? BLACK EYS
Menerusi sebuah video di TikTok, Fasha dilihat bersama suami tercinta, aktor Aidil Aziz berada di sebuah kedai yang menjual pakaian jubah untuk persiapan mengerjakan umrah.
Dalam rakaman itu, Fasha, 38, mengenakan pakaian senaman serta seluar ‘legging’ berwarna hitam.
Pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan mendapat pujian ramai kerana rata-ratanya terpegun melihat tubuh badannya yang langsing dan ada yang menyamakan dengan bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapoor.
Tengok pun rasa segan
Dalam pujian, ada juga segelintir netizen yang ‘sakit mata’ melihat seluar ketat yang dipakai Fasha sehingga menampakkan bentuk pinggul.
Di ruangan komen, golongan wanita terutamanya meluahkan rasa malu dengan penampilan itu selain berharap agar Aidil dapat menegur pelakon drama Dendam Seorang Isteri.
Terdahulu, Fasha berkahwin dengan Aidil pada 28 Mac 2019. Rumah tangga pasangan ini diserikan dengan kehadiran Aisha Amaira selain dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu Fasha, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemima.
Sumber: TikTok