Setiap wanita memiliki cara tersendiri dalam menilai erti kebahagian dalam berumah tangga. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang hanya bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagian baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Artikel Berkaitan: Nampak Macam Baby Bump, Fasha Sandha Hamil Anak Keempat?
Artikel Berkaitan: Tampil Imej ‘Bertanduk’, Netizen Nasihat Fasha Sandha Jangan Terlalu Ikut Budaya Barat – ‘Niat Tak Halalkan Cara’
Artikel Berkaitan: Tak Makan Nasi 2 Minggu, Fasha Sandha Gembira Dapat Turun 3.8kg
Erti bahagia
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagian untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram @fashasandha