Pengarah sensasi Syamsul Yusof memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sejurus usai sebutan pertama nusyuz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Doakan Yang Terbaik’- Syamsul Yusof Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Pertama Permohonan Nusyuz
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Bersama Anak Di IG, Netizen Gembira Tengok Syamsul Yusof Bahagia
Hormat bulan Ramadan
Ketika ditemui OhBulan!, Syamsul, 39, yang ditemani peguam syarie, Azmi Mohd Rais, berkata Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana melunaskan tuntutan kerja di luar negara.
Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei bagi sebutan kedua tuntutan nusyuz yang difailkan.
Hari ini adalah sebutan nusyuz, tapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana dia ada urusan di luar negara.
Saya pun tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.
Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana.
Bercerai dah jadi ‘trend’
Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof memohon untuk mendoakan yang terbaik buat rakan-rakannya yang turut sama menghadapi kemelut rumah tangga.
Netizen doakanlah yang terbaik bukan untuk saya saja tapi rakan-rakan artis yang lain sebab kita nampak benda ini sudah jadi macam trend.
Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti.
Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar.
Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes penceraian pada Isnin depan, anak kepada Datuk Yusof Haslam berkata dia reda dan terima dengan apa saja keputusan.
Insya-Allah saya cuba reda dengan apa saja, mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya, Puteri Sarah.
Saya pun tak mahu mengeluarkan kenyataan yang melukakan Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik.
Terdahulu, Syamsul kelihatan ceria dah tenang ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kira-kira jam 9.10 pagi.
Syamsul yang memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah di sini.
Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.
@ohbulanofficial Moga mendapat jalan penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak ini #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #berakhir #dengan #baik #atau #tidak #puterisarahliyana