Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tiba diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada pagi Khamis untuk sebutan pertama permohonan nusyuz.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Bersama Anak Di IG, Netizen Gembira Tengok Syamsul Yusof Bahagia
Artikel Berkaitan: Syamsul Kecewa Tak Dapat Bersemuka, Harap Puteri Sarah Terima Poligami
Permohonan nusyuz
Syamsul yang memakai serba hitam dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.10 pagi ditemani oleh peguamnya bagi sebutan pertama permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana.
Ketika ditemui media pengarah berusia 38 tahun ini kelihatan positif dan juga mahu mendoakan yang terbaik bagi proses permohonan ini.
Alhamdulillah saya okay, sihat. Doakan yang terbaik sempena bulan puasa.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini juga mengatakan bahawa dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak baik kerana menghormati bulan Ramadan.
Saya pun nak jaga jugalah tak nak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sempena bulan Ramadan ini.
Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Kemudian diikuti, Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memfailkan hadanah iaitu hak penjagaan anak terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@ohbulanofficial Moga yang baik-baik aja untuk Syamsul dan PSL. #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #sampai #MahkamahRendahSyariah #sebutan #pertama #permohonan #nusyuz #puterisarahliyana