berita

[VIDEO] Bercinta Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Dengan ‘Kepochi’ Netizen

September 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Yazmin Aziz mengundang kecaman selepas berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, Nixon Guylherme Brizolara yang merupakan pemain import kelab TRW Kelantan FC.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercium & Berpelukan Dengan Teman Lelaki, Yazmin Aziz Undang Kecaman Netizen

Agama teman lelaki

@yazminaziz Replying to @edhz_0812 bapa saya dulu pun Christian ? #fyp #tiktokmy #couple ? original sound – Yazmin Aziz

Terbaharu, Yazmin mendedahkan dia sering ditanya warganet mengenai agama teman lelakinya itu.

“Adakah teman lelaki awak seorang Kristian?” tanya seorang pengikut di TikTok.

Kata Yazmin, 20, dia dan teman lelaki berbeza agama memandangkan dia beragama Islam.

Ramai yang tanya benda sama jadi saya akhirnya akan menjawab. Tidak! Dia bukan Kristian tetapi seorang katolik.

Dan betul, dua-dua agama kami berbeza. Tetapi saya tak faham. Kenapa lagi ramai orang yang stres daripada kami tentang agama berbeza?

Dalam kapsyen video terbabit, Yazmin turut menulis, “Bapa saya dulu pun Kristian.”

Lebih baik diam

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan katolik adalah cabang agama Kristian.

Selain itu, ada juga segelintir peminat yang menasihati bekas peserta Big Stage musim keempat untuk tidak mempedulikan pertanyaan itu dan kekal bahagia bersama insan tersayang.

Sumber: TikTok @yazminaziz

SKIP THIS AD ×