berita

Video Bercium Tersebar, Adhisty Zara Tutup Akaun Instagram

August 4th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Mata-mata

Penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik iaitu Adhisty Zara bertindak menutup akaun Instagramnya selepas tersebarnya satu video ‘panas’ memaparkan ciuman hangat seorang wanita mirip dirinya bersama seorang jejaka.

Video tersebar

Foto: Berita Hits

Memetik laporan daripada Berita Hits, pada awalnya, video tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram, Cintakitkat sebelum ianya dikongsikan semula oleh netizen di Twitter sehingga menjadi viral. Dalam video tersebut kelihatan seorang wanita mirip Zara sedang berciuman bersama seorang lelaki yang dipercayai adalah Niko Al Hakim. Menurut sumber, Niko Al Hakim merupakan bekas suami influencer Rachel Vennya.

Berikutan daripada itu, kebanyakan netizen tertanya-tanya adakah benar wanita dalam video tersebut adalah Zara atau sebaliknya. Di Instagram, Zara dikatakan sempat memberi respon berhubung kontroversi itu dengan mendakwa video viral tersebut adalah video lama. Disebabkan tidak tahan menerima kecaman hebat daripada netizen, Zara membuat keputusan untuk menutup akaun Instagramnya.

Sementara itu, ibu Zara iaitu Sofia Yulinda mengakui bimbang dengan keadaan kesihatan mental anak perempuannya dalam menghadapi situasi ini. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai tidak terus mengecam dan menghakimi Zara.

Stop judging, please! I’m with her no matter what. Apapun yang terjadi dia tetap anak saya.

Sumber: Berita Hits, Tribunnews

SKIP THIS AD ×