Anak kepada penyanyi Misha Omar iaitu Muhammad Idris Ezzwa, kini mencuri tumpuan ramai susulan kemunculan istimewanya di pentas konsert ibunya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Larut Dalam Emosi Cinta Di Konsert ‘Dia Misha Omar’, Kemunculan Anak Cuit Hati Ramai

Artikel Berkaitan: Misha Omar Mengalir Air Mata, Terharu Dengan Sokongan Penonton Di Showcase..Beri Bayangan Nak Adakan Konsert Solo?

‘Terima kasih semua’

Menerusi video yang dikongsikan Instagram, Idris tampil menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Dia meluahkan rasa syukur kerana usahanya berlatih dan keberaniannya membuat persembahan dihargai ramai.

Hai semua, ini saya, Idris. Saya cuma mahu ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana menghargai kerja keras saya dan persembahan saya.

Dalam pada itu, Idris berjanji untuk terus memperbaiki dirinya pada masa hadapan.

Berikan saya sedikit masa lagi untuk membesar. Dan saya akan pastikan bakat saya akan menjadi lebih besar (berkembang) daripada sebelum ini. Terima kasih.

Perkongsian itu berikutan pelbagai komen positif yang diberikan netizen selepas dia tampil mempersembahkan lagu Destiny bersama ibunya dalam Konsert Dia Misha Omar yang berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Rata-rata peminat kagum dengan keberanian Idris menyanyi secara live di hadapan ribuan penonton, malah ramai yang menyifatkan dia mewarisi darah seni dan kehebatan vokal Misha Omar.

Sumber: Instagram Misha Omar