berita

[VIDEO] Beri Staf RM10k Belanja Duit Kahwin, Ini Syarat Hafiz Mahamad

August 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

hafiz mahamad 10k

Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad, pasti ramai sudah mengenali sosok usahawan yang sangat pemurah dan sering membantu orang ramai yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Abang Rakam, Tengok Dekat Rumah’ – Lelaki Luah ‘Terancam’ Dengan Kejutan T20, Hafiz Mahamad Nak Belanja Durian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji

Terbaharu, Hafiz Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia menghadiahkan sejumlah wang kepada pekerjanya untuk digunakan sebagai belanja kahwin.

Hadiahkan staf RM10k

hafiz mahamad 10k

Hafiz menerusi perkongsiannya di Instagram berkata, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi. Tambahnya lagi, dia juga pernah melaluinya pada suatu ketika dahulu.

Difahamkan juga, lelaki tersebut sanggup mengikat perut kerana mahu mencukupkan tabung simpanan kahwin. Susulan daripada itu, Hafiz yang berniat mahu membantu kemudian menghulurkan sekeping cek berjumlah RM10,000. Akan tetapi, pemberian cek tersebut disertakan dengan beberapa syarat iaitu lelaki terbabit perlu menghargai dan menjaga hati pasangannya, Sofia.

Kalau abang bagi benda ni, awak kena janji dengan abang satu benda. Boleh jaga Sofia baik-baik? Makan minum dia boleh jaga, kena janji ye kalau birthday dia jangan lupa. Birthday dia kerja macam mana pun kena balik, kalau bekerja yang dah kahwin nantilah ya. Boleh hormat ni mak ayah dia, jaga Sofia baik-baik.

Sebelum ini juga, Hafiz pernah memberitahu bahawa para pekerjanya merupakan tanggungjawabnya. Oleh itu, dia tidak teragak-agak atau tidak berkira untuk menghulurkan bantuan kepada pekerja-pekerjanya.

Video

@hafizmahamadPi halalkan Gf tu hehe Saya faham sangat mcmana struggle untuk halalkan seorang yg kita cinta ?? Kembali Pulang – Suara Kayu & Feby Putri

Sumber: Hafiz Mahamad

SKIP THIS AD ×