Kejutan demi kejutan! Usahawan dan pempengaruh terkenal Hafiz Mahamad sekali lagi berjaya menambat hati isterinya, Syafiqah Aina dengan kejutan hadiah ‘paling mahal’ sempena hari jadinya.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Umrah Sebagai Tanda Balas Jasa Guru – ‘Malu, Saya Nakal Dulu’
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Hafiz Mahamad Derma RM100,000 Kepada Baby Naail -‘Jutawan Berjaya Yang Selalu Gunakan Bisnes Untuk Bangunkan Orang Susah’
Hadiah dokumentari selama dua jam
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Hafiz Mahamad atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad menyewa sebuah panggung wayang untuk menayangkan dokumentari khas buat isterinya tercinta.
Saya niatkan semua ini kerana Allah, untuk hari jadi dia tahun ini saya hadiahkan.
Untuk tahun ini abang tak nak hadiahkan awak dengan benda-benda mewah. Jadi hari ini abang nak hadiahkan sesuatu yang tak mampu pun awak nak beli.
Kejutan yang Hafiz berikan ternyata adalah kehadiran beberapa individu-individu penting yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan isterinya. Antara yang datang memberi kejutan kepada Aina adalah staf mereka, rakan baik, ibu bapa Aina, anak-anak dan Hafiz sendiri.
Pemilik nama Nursyafiqah Aina Abdul Wahab itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis setiap kali individu-individu penting itu hadir membuat kejutan kepadanya di dalam pangung wayang tersebut.
Menunaikan haji
Kemuncak kejutan adalah apabila usahawan berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa visa haji mereka telah diluluskan dan mengumumkan bahawa dia bersama isteri serta ibu bapa mereka bakal ke Tanah Suci.
Impian awak tercapai sayang untuk pergi (haji) bersama mereka.
Jangan ucap terima kasih, abang tumpang rezeki awak Aina. Ini bermakna saya, isteri saya dan mentua saya, abah dan mama saya akan berada di Tanah Suci Mekah.
Sayang abang nak bercinta dengan awak selamanya. Abang harap awak bahagia itu sahaja yang abang nak Aina.
Terdahulu, Hafiz ada menyatakan bahawa sebanyak 55 kali dia tidak pernah gagal untuk memberi kejutan buat isterinya itu.
@hafizmahamad “Tak berhenti dia menangis semalam” @Syafiqah Aina Jika ada air mata awak yg mengalir tgk ni, tlg doakan isteri saya Part 2 : @Hafiz Mahamad @Hafiz Mahamad
Sumber: TikTok