Sejak kebelakangan ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan pelakon Fezrul Khan melakonkan karakter sebagai lelaki lembut.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Pelakon Lain Mau Masuk Melodi’ – Fezrul Khan Puji Sikap Profesional Fathil Dani, Netizen Tanya Carut Siapa Tu?
Hanya hiburan semata-mata
Terbaharu, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan memaklumkan bahawa karakter ala-ala lelaki lembut yang dibawanya hanyalah sekadar hiburan semata-mata.
Jelas Fezrul, dia juga tidak beniat untuk mencetuskan apa-apa kontroversi menerusi karakter yang diberi nama ‘She’ dan ‘Ratu Lebah’.
Nama Ratu Lebah itu wujud sebab saya jual madu dari Yaman. Saya memang amalkan makan madu selepas tak ambil gula.
Nama She tu pula pula memang ramai yang pertikaikan. Nama watak tu sebenarnya Sushi tapi saya pendekkan dan ubah ejaan menjadi She.
Lagipun dalam kalangan kawan-kawan artis, memang selalu gunakan ganti nama diri She. Tak ada niat apa pun.
Kat luar saya tetap macam biasa. Karakter itu hanyalah sekadar pesona dan hiburan pengikut media soaial saya sahaja.
Fezrul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi tayangan Kempen Ramadan Raya ‘Indahkan Memori’ Media Prima yang diadakan di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun ini mengakui ada menerima kecaman daripada beberapa pihak namun menganggap itu hanyalah asam geram dunia hiburan.
Memang ramai yang kecam saya pun. Sampai tahap ‘report’ akaun saya pun ada, Tapi saya lebih selesa mendiamkan diri. Saya pun baru sahaja menggunakan media sosial.
Biasalah, ada yang suka kita dan ada juga yang tak suka kita. Bukan senang nak jaga hati semua orang kan?.