Di TikTok, tular satu video dikongsi seorang pengguna bernama Adam Harith yang memaparkan perjalanan hidup bersama isteri tercintanya.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini’ – Abang Tesla
6 tahun tidak ada anak
Menerusi perkongsian video tersebut, Adam memaklumkan dia dan isteri sudah berkenalan hampir 17 tahun sejak di bangku sekolah lagi.
Difahamkan, mereka perlu menjalani liku-liku kehidupan selepas mendirikan rumah tangga pada 2016.
Antaranya ialah mereka terpaksa berjauhan antara satu sama lain demi tuntuan kerja serta tidak mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata selepas hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.
Berkat kesabaran dan kesetiaan yang ada dalam diri, pasangan suami isteri ini akhirnya dikurniakan anak kembar pada tahun 2022.
Lebih manis, Adam juga memaklumkan bahawa dia berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjananya setahun selepas dikurniakan dua cahaya mata.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Adam yang memilih untuk terus setia dengan perkahwinannya meskipun mengambil masa hampir enam tahun untuk dikurniakan cahaya mata.
Wargamaya juga dilihat membandingkan Adam dengan pempengaruh TikTok, Abang Tesla yang memilih untuk berkahwin lagi demi untuk mendapatkan zuriat.
Video
@adamharithdotcoALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Surat Al-Baqarah Ayat: 216) Jangan hanya berterima kasih kepada Allah ketika semuanya berjalan baik, terima kasih kepada-Nya bahkan ketika segala sesuatunya terasa sulit. Katakan Alhamdulillah.? original sound – adamharithxo
Sumber: TikTok