Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida sebelum ini dikecam warganet gara-gara keluar ke Majlis Iftar ketika hari ketujuh berpantang.
Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Iftar Ketika Masih Berpantang, Datin Shahida Dikritik Netizen – ‘Tak Sayang Diri Sendiri Ke’
Masih sihat
Ketika ditemui OhBulan!, Shahida menyatakan dia lebih memahami dengan keupayaan tubuh badannya memandangkan ini adalah kelahiran anak keenam.
Sudah enam kali saya melahirkan anak, jadi saya tahu keadaan diri saya. Dulu tiada pembantu memang saya uruskan semuanya sendiri malah sampai sekarang masih buat sendiri.
Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi sihat. Kita hanya keluar beberapa jam meraikan pekerja sahaja, selepas itu saya balik.
Kata Shahida, dia masih mengamalkan cara berpantang secara tradisional seperti berurut. Namun, jelasnya tidak boleh menyamakan kehidupan dirinya dengan ibu lain kerana dia masih perlu keluar bekerja.
Saya masih berpantang berurut. Hidup kita tak sama macam kehidupan orang lain, ada orang dia boleh duduk rumah tapi saya perlu bekerja.
Shahida berkata demikian ketika Majlis Kesyukuran dan Aqiqah serta Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya yang terletak di Kota Damansara pada Sabtu.
Jaga pemakanan
@ohbulanofficial Betul Datin cakap, berganting kepada kemampuan masing-masing. #ohbulan #sembangentertainment #beritatiktok #berpantang #cara #shahida #aliffsyukri ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid menjawab mengenai komen netizen yang menyatakan ‘masa muda tak rasa sakit, tunggu dah tua.’
Katanya, apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan harian bukan setakat dalam tempoh 40 hari berpantang sahaja.
Bagi saya ikut logik akal, ada yang berpantang selama 40 hari tetapi selepas itu makan macam-macam (tak jaga).
Paling penting jaga pemakanan, gaya hidup kita dan bersenam! Itu yang buat kita sihat bukan hanya kena berpantang sahaja.
Pada 3 April yang lalu, Shahida selamat melahirkan cahaya mata keenam, Luqman Al-Haqeem di sebuah pusat perubatan swasta.