Tular sepotong video di laman TikTok yang memperlihatkan penyanyi, Shila Amzah berpegangan tangan dengan teman istimewanya yang juga seorang pempengaruh media sosial, Ubai MZ telah menyorot perhatian netizen.
Artikel berkaitan: Nafi Dakwaan Tinggal Sebumbung, Ubai Gembira Dapat Restu Keluarga – ‘Saya Dah Jumpa Mak & Ayah Dia’
Artikel berkaitan: ‘Awak Beri Saya Bahagia, Tawa & Kasih Sayang..’ – Shila Amzah
Artikel berkaitan: ‘Tunggu Ubai Buka ‘Braces’ Dulu, Baru Fikir Pasal Kahwin’ – Shila Amzah
Pegang tangan di Genting Highland
Menerusi perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna @Ha_cda73 di laman sosial tersebut, Shila dan Ubai dilihat sedang memilih makanan di sebuah kedai lori (food truck) ketika mereka berada di Genting Highlands.
Dalam video sama, Shila dilihat mengenakan pakaian jenis sweater berwarna biru gelap sementara Ubai mengenakan pakaian jenis sweatshirt bewarna biru muda. Malah, pasangan itu turut dilihat ceria sepanjang video berdurasi 0:38 saat itu.
Netizen terkejut
Bagaimanapun, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mempersoalkan tindakan penyanyi dan pempengaruh media sosial itu yang berpegangan tangan meskipun umum mengetahui mereka belum mempunyai ikatan yang sah.
Dalam masa sama, ada juga segelintir netizen yang merasa terkejut kerana sebelum ini mereka menyangka pelantun lagu Patah Seribu itu seorang yang menjaga batas pergaulan.
Video
@ha_cda bahagianye kan tgk diaorang ni #shila????ubai ? Sampai Akhir – Judika
Sumber: TikTok