Sharifah Sakinah memang terkenal dengan karakternya yang gila dan ‘masuk air’ tu. Terbaru, Sharifah Sakinah muat naik video dia menggosok gigi di dalam kereta bersama sahabat baiknya, Aiman Hakim. Perbuatan Sharifah Sakinah itu dapat pelbagai reaksi dari netizen- ada yang cakap kelakar dan ada juga menyifatkan perbuatan pelakon wanita itu selekeh.
Malah, Aiman juga terkejut tiba-tiba Sakinah gosok gigi dalam kereta. Siap kumur guna air mineral mahal lagi tu.
Level Mr. Bean
Video diatas telah ditonton lebih 255k di akaun Instagram Sharifah Sakinah. Ramai yang terhibur dengan gelagat dan karenah Sakinah gosok gigi dalam kereta Aiman Hakim. Ada juga menganggap perbuatan Sakinah tu macam tak senonoh. Anda rasa macam mana?
Pengotor, tak bertamadun
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah