berita

[VIDEO] Bertemu Di Sekolah Rendah, Wanita Tak Sangka Berkahwin Dengan Cikgu Sendiri – ‘Jarak Usia Kami 12 Tahun’

February 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kalau dah jodoh tak kemana! Itulah ungkapan paling sesuai digambarkan buat pasangan pengantin merpati dua sejoli yang selamat disatukan walaupun jarak usia mereka adalah sebanyak 12 tahun.

Berjodoh dengan guru sendiri

Baru-baru ini viral satu video di media sosial mengenai kisah percintaan pasangan suami isteri ini yang sebelum ini hubungan mereka hanyalah sekadar pelajar dan guru. Namun siapa sangka, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Memetik laporan Merdeka.com,   seorang wanita, Enji Monica mendakwa telah berkahwin dengan guru sekolah rendahnya sendiri.

Meskipun jarak usia mereka sekitar 12 tahun namun ianya langsung tidak menjadi penghalang cinta mereka. Menerusi video tersebut, Enji sempat berkongsi beberapa foto dirinya memakai seragam sekolah sekitar tahun 2011 yang lalu. Dakwanya lagi, dia mula mengenali suaminya itu semasa di bangku sekolah rendah dan lelaki itu merupakan salah seorang guru yang paling muda dan sangat akrab dengan anak-anak muridnya.

Setia menanti

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa selepas tamat persekolahan pada tahun 2012, dia dan gurunya itu langsung tidak berkomunikasi. Akan tetapi, lelaki itu sering bertanya khabar Enji melalui rakan-rakannya. Enji mengaku sebelum ini dia sering menjauhkan diri dari gurunya tetapi lelaki itu tidak mudah berputus asa dan setia menanti cinta Enji.

Akhirnya Enji terbuka hati menerima cinta gurunya itu. Selepas Enji tamat belajar di peringkat sekolah menengah, mereka mula menjalinkan hubungan yang serius. Pada tahun 2018, pasangan ini selamat disatukan dan mereka kini sudah mempunyai cahaya mata bersama.

Sekarang sudah 4 tahun bernikah. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Video

Sumber: Merdeka.com, Enji Monica

SKIP THIS AD ×