berita

[VIDEO] Bertuah Punya Anak! Macam Mana Papa Nak Turun?

February 12th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Kerenah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa stress setelah seharian penat bekerja. Rasa serabut menghadap kesesakan jalan raya hilang sekelip mata apabila melihat senyuman di bibir mereka. Namun, kadang kala ada juga ragam mereka yang membuatkan ibu bapa pening kepala.

Iyalah, dalam proses membesar pelbagai perkara baru yang diterokai mereka kan? Banyak akal betul! Seperti kisah lucu yang dikongsikan lelaki ini, dia menyedari anak menolak tangga ke belakang ketika mahu turun selesai kerja-kerja wiring.

Macam mana nak turun?

Ceritanya macam ni, orang rumah saya bersalin anak ke 2 dan masih di wad. Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah. Anak bujang sorang tu umur nak masuk 2 tahun terpaksa saya jaga. Masa tengah wiring tu anak elok saja tidur.

Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolak tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki. Handfone kebetulan dekat tangan sebab kebiasaannya anak tengok kartun tapi dia tidur, saya pula nak buat lampu suluh.

Lalu bumbung, lompat di parking

Sudahnya bila nak turun tu tengok tangga dah hilang. Nak terjun tak boleh sebab lubang siling kecil. Nak bergayut terjun tu mustahil.

Bila tengok anak hulur susu dah terfikir yang anak nak susu dan suruh buka penutupnya. Jalan penyelesaian saya lalu bumbung dan lompat di parking kereta.

Bersabar la dengan kerenah anak. Pernah lepak luar rumah anak kunci pintu. Suruh ambil anak gelak-gelak. Last pakai batang penyapu jatuh kan kunci dari dinding. Baru anak faham ambil kunci.

Ayah yang hebat

Sumber : Mohd Safuddin Mohd Shawal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×