berita

[VIDEO] Beruntung.. Suami Layan Mengidam Isteri Beli ‘Stroller’ Harga RM23,000

July 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini seorang suami sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli sebuah kereta sorong bayi dari sebuah butik berjenama mewah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Telan Air Liur Tengok Stroller Anak MUA Bellaz Cecah RM25,000

Artikel Berkaitan: Tinggal Anak Dalam Stroller Masa Hari Hujan & Dijadikan Peminta Sedekah Sebab Nak Bayar Hutang Ah Long

‘Termimpi-mimpi..’

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan pasangan suami isteri sedang melakukan ‘unboxing’ kereta sorong bayi di butik mewah berkenaan.

Difahamkan wanita tersebut kini sedang hamil dan dia sangat mengidamkan kereta sorong bayi itu.

Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta babi sampai termimpi-mimpi memang kena beli nanti kempunan pulak kata suami.

Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli ‘stroller’ 23K ini kena beranak lagi tiga tahun akan datang.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi antaranya mereka menyamakan harga kereta sorong bayi itu dengan harga sebuah Perodua Axia.

Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik dengan mendakwa kereta sorong bayi tersebut banyak kekurangan serta tidak sepadan dengan harga mahal.

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli ? nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

? bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×