berita

[VIDEO] Netizen Telan Air Liur Tengok Stroller Anak MUA Bellaz Cecah RM25,000

June 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pada Julai tahun lalu, jurusolek popular, MUA Bellaz selamat melahirkan cahaya mata keempat dan diberi nama Nur Aisywara Nealofa.

Artikel Berkaitan: MUA Bellaz Derma RM20k Ke Persatuan Cinta Gaza

Artikel Berkaitan: Bagi Crown Reput & Veil Lusuh, Pengantin Terpaksa Make-Up Sendiri Lepas Dianiaya Mak Andam

Bagi mereka yang mengikuti Bellaz di laman sosial miliknya, pasti sering melihat banyak perkongsian yang dimuat naik jurusolek itu bersama anaknya.

Bawa anak jalan

Terbaharu, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat sempat meluangkan masa keluar bersiar bersama anak kecilnya itu.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Bellaz dilihat sedang menolak anaknya yang berada di dalam kereta sorong bayi (stroller).

Dalam video berkenaan, Bellaz manis mengenakan busana berona hitam manakala anaknya yang comel itu mengenakan baju berona putih.

Stroller RM25 ribu

Bagaimanpun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah stroller berjenama mewah yang digunakan Bellaz.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya seakan ‘tergamam’ mulut apabila melihat stroller berkenaan yang didakwa mencecah puluhan ribu ringgit.

Malah, ada juga segelintir ibu bapa yang berdoa agar suatu hari mereka berpeluang untuk memiliki stroller jenama mewah itu.

Video

@muabellaz?? shoong – chanspeeds


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×