Pelakon dan usahawan Betty Rahmad akui tidak mudah untuk kekal istiqamah.
Namun begitu, Betty berkongsi tips yang diamalkannya agar sentiasa berada di landasan yang betul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Jadi Terkenal Untuk Pergi Pergi Majlis Ilmu, Bersihkan Hati Akak’ – Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Anjur Kelas Tadabbur, Netizen Puji Manfaatkan Rezeki Allah SWT – ‘Ada Rumah Besar, Penuhkan Dengan Majlis Ilmu’
Ajal boleh datang bila-bila
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali akui perlu kuat untuk melawan hasutan syaitan setiap kali rasa malas menyelubungi dirinya untuk beribadah.
Menurut Betty, seseorang yang ingin beristiqamah harus sentiasa dahagakan ilmu.
Kita kena usaha, tak boleh selesa bila sudah mula bertudung.
Bagi saya, kita kena sering tambah ilmu.
Selepas itu, kita kena paksa diri juga.
Kena selalu ingat, kita boleh mati bila-bila masa sahaja.
Macam saya, kalau rasa malas nak beribadah, kena banyak psiko diri sendiri.
Sebab kita kena lawan syaitan dalam diri kita itu.
Pilih kawan yang betul
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menasihati untuk memilih kawan yang membantu dalam perjuangan istiqamah.
Paling penting, kena ada circle yang betul.
Kebanyakan masa, saya memang dengan keluarga sahaja.
Sebab saya memang jaga circle saya.
Walau bagaimanapun, Betty akui tidak meninggalkan rakan-rakan yang belum berhijrah, namun, dia meletakkan had pergaulan.
Sumber: Instagram @BettyRahmad, TikTok @assalamualaikum.tvah