Sekadar gambar hiasan
Mempunyai pembantu rumah sudah pastinya dapat meringankan beban tuan rumah berikutan segala kerja-kerja akan dilakukan oleh mereka. Cukup bulan, tuan rumah hanya perlu bayar sahaja dan menyediakan kelengkapan asas buat pembantu rumah ini.
Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Gaji ‘Bibik’ RM 3,500 Sebulan, Kalah Engineer
Artikel Berkaitan: Dah Makan Separuh Baru Perasan Ada Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap
Bagaimanapun, lain pula yang jadi kali ini apabila pembantu rumah masak satu menu istimewa yang mungkin tidak boleh dilupakan oleh seluruh isi rumah.
Bibik buat hal!
Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Nina menerusi platfom TikTok, berkongsi ‘nasib’ yang menimpa mereka sekeluarga apabila pembantu rumahnya masak kaki ayam tanpa membuang kuku ayam terlebih dahulu.
Bibik masak kicap, kuku tak potong. Ha elok! Mu makan sorang-sorang lah bibik.
Aduii cik bik ni!
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan pembantu rumahnya seorang yang pembersih dan mungkin itu merupakan kali pertama pembantunya masak kaki ayam.
Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen mendakwa rakannya yang berasal dari Indonesia, sama sekali tidak akan membuang kuku dan kepala ayam jika masak menu tersebut.
Video penuh:
@ninaemelyn7aduii cik bikk ni..? Naz Dej Lovely – Naz Dej
Reaksi netizen:
Sumber: Nina