Foto: Mee
Keterujaan seorang lelaki untuk menikmati kuih karipap bertukar satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia menjumpai kuku yang turut berada di dalam inti kuih tersebut.
Kisah ini dikongsikan menerusi kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di laman Facebook dan meraih pelbagai respon daripada warganet.
Tengah seronok makan
Foto: Mee
Jelas lelaki ini, sedang asyik menikmati karipap tersebut dia secara tidak ‘sengaja’ terjumpa kuku yang dipercayai telah digaul bersama dengan inti kuih tersebut. Apa yang lebih menggelikan, apabila lelaki ini turut memperincikan keadaan kuku tersebut yang dikatakan berdaki. Dia pada masa yang sama, turut meminta pandangan orang ramai mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Maaf lari tajuk bukan masak apa tak jadi hari ni tengah sedap-sedap makan karipap tetiba jumpa kuku. Terus mual nak muntah dah la kuku tu berdaki apa pendapat anda semua.
Mengulas lebih lanjut, lelaki ini sudah melaporkan insiden yang menimpanya kepada peniaga tersebut. Namun, peniaga itu menjelaskan mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar sebelum menjualnya semula kepada orang ramai.
Ye dah pun complain dia rasa nak sepak pun ada. Tapi tetiba mereka cakap ambik karipap yang dah siap so mereka cuma goreng je dan jual so kita pun nak marah siapa.
Ye macam tu ambik frozen sebab tu kadang-kadang takut juga beli makanan tu memang tak boleh telan rasanya sebab sangkut kat lidah pun kunyah pun tak hancur siap rasa gigit-gigit ingatkan tulang bawang ke cili ke aihh hati-hati la ya kalau ada makanan yang dikunyah pelik-pelik tu cepat keluarkan.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memberi pendapat mereka kepada para peniaga di luar sana supaya mengutamakan aspek kebersihan.
Sumber: Mee via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official