berita

[VIDEO] Bikin Ramai Geli Hati Dengan ‘Content’ Berkaitan Banjir, Netizen Puji Ketabahan Pemuda Ini

January 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Farismemuat naik satu video yang berjaya menghiburkam netizen. Menerusi video tersebut, menyaksikan aksinya yang begitu ‘spontan’ walaupun keadaan banjir ketika itu.

Dalam air boleh tidur

Memperoleh lebih 14K retweet, video yang berdurasi kurang 20 saat itu, menunjukkan seorang lelaki sedang ‘nyenyak’ tidur dibawa arus banjir yang kuat. Malahan, lelaki itu juga dilihat tidur beralaskan tilam, siap peluk bantal lagi! betul-betul penat ni!

Banjir lagi guys , air naik lagi tadi subuh , hmmmm.

Jelasnya lagi, paras air di rumahnya makin meningkat berikutan keadaan cuaca yang hujan. Namun, ada yang mendakwa video tersebut hanya dibuat sekadar untuk content, kerana agak mustahil jika dia tidak sedar jika dibawa arus air yang deras.

Netizen sempat troll

Menerusi ruangan balas, warganet sempat berjenaka dan menyunting semula video tersebut dan diletakkan muzik latar belakang. Sebagai contoh, video yang dikongsi ini menggunakan suara Rose menerusi filem epik Titanic yang merayu Jack supaya kembali ke sisinya. Lagi melucukan, apabila video ini juga turut disunting dan diletakkan satu filter yang trending di Instagram.

Platfom terkemuka atas talian, Shoppe Malaysia, sempat ‘berjenaka’ dan mempromosikan produknya supaya lelaki ini membeli pendayung bagi menyelamatkannya daripada hanyut dibawa air.

Pernah tular sebelum ini

Terdahulu, lelaki ini pernah tular di media sosial apabila memuat dua keping foto ini. Menerusi gambar tersebut, memberi gambaran dia gigih bekerja walaupon keadaan banjir ketika itu. Kita doakan supaya mangsa bersabar dengan ujian ini.

Bosan argh work from home dekat rumah tepu gila otak tak mengembang . Amik angin luar kejap best ke okey ?

Walaupun ditimpa musibah, lelaki ini masih lagi sempat menghiburkan orang ramai dengan perkongsian yang menarik. Semoga banjir ini cepat surut, dan keadaan kembali normal seperti sedia kala.

Sumber: Faris

SKIP THIS AD ×