Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan ikon dikalangan penggiat seni tanah air. Filem-filem popular seperti Seniman Bujang Lapok, Labu Labi, Madu Tiga dan Masam-Masam Manis sememangnya masih menjadi filem kegemaran rakyat Malaysia, tak kira dari umur dan juga bangsa.
Setiap filem yang dihasilkan mempunyai mesej tersendiri, malah dialog dari filem P.Ramlee masih diingati hingga sekarang. Jadi dalam video challenge OH!BULAN kali ini, kami nak uji sejauh mana empat orang anak muda ini mengingati dialog-dialog popular Seniman Agung itu.
Nampak senang tapi..
Cabarannya adalah, mereka berempat harus teka dan beri jawapan selepas mendengar dialog yang dibacakan oleh rakan kerja kami yang berbangsa cina. Siapakah dikalangan mereka ‘Master‘ dalam challenge ini?
Untuk lihat lebih banyak video seperti di atas, jangan lupa subscribe saluran Youtube Ohbulan untuk saksikan lebih banyak video-video menarik kami!