Ujian kehidupan itu pasti akan dirasai oleh semua umat Islam namun ada kalanya manusia yang bersifat lemah pasti akan mempersoal mengapa mereka diuji sebegitu rupa.
Ketahuilah, Allah SWT tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-hambanya.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Ingat Allah ketika ujian tanda murka?
@nunha.store MUNAJAT DI KALA RAMAHDHAN Program kedua kami pada bulan ramadhan. Dapatkan ticket anda di bio ? #MunajatDikalaRamadhan ? original sound – Nunha Store HQ
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia yang dalam keadaan sebak berkongsi menerima ujian dizalimi oleh seseorang yang paling dia berharap dalam kehidupannya.
Saya diuji dan dizalimi oleh seseorang yang saya berharap sangat dalam hidup.
Saya juga beberapa kali hampir kehilangan nyawa.
Ujian itu kemudiannya membuatkan wanita itu mula teringat akan dosa-dosanya yang lalu sehinggakan dia tertanya-tanya adakah itu tanda dia dimurkai Allah?
Hari-hari saya merayu dan mengadu pada Allah yang saya tak larat hidup dalam keadaan tak tenang.
Sampai saya tertanya kenapa Allah tak berikan saya ketenangan hati?
‘Adakah Engkau panggil aku selama ini kerana sayang padaku atau Engkau murka kepadaku?’
PU Riz
Menjawab kepada persoalan wanita tersebut, pendakwah selebriti iaitu PU Riz memaklumkan bahawa setiap kali seseorang itu mula ingat pada Allah dan mula mengingat dosa lampau bukanlah tanda dia dimurkai.
Bahkan, jika seseorang itu mula mengingati segala dosa sehinggakan mengalir air matanya pasti ia akan diberikan ganjaran syurga.
Bila seseorang itu duduk dan ingat Allah serta ingat segala dosa-dosa yang dia buat.
Dia ingat, ingat dan ingat sampaikan mengalir air mata dia. Orang ini, ‘confirm’ masuk syurga.
Jadi menjawab persoalan adakah Allah panggil kita kerana murka? Tidak. Tidak ada satu pun panggilan yang dimurkai bila mana menjadikan seseorang itu ingat pada Allah.
Dan kalau air mata dia mengalir sewaktu panggilan tersebut, tangisan dia untuk Allah SWT tidak sia-sia.
Sumber: TikTok