berita

[VIDEO] ‘Bimbang Terlanggar Hati’ – Tunjuk Skill Bawa Lori, Kaum Adam Pesan Wany Hasrita Supaya ‘Hati-Hati’

April 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak menceburi dunia seni, penyanyi Wany Hasrita sememangnya dikenali dengan perwatakannya yang ayu dan lemah lembut. Selain itu, sikapnya yang santai dan bersahaja itu membuatkan Wany lebih disayangi oleh para peminat.

Wany tunjuk ‘bakat’ drive lori

Wany Hasrita menerusi akaun Twitter miliknya telah berkongsi satu video pendek menunjukkan kebolehannya memandu lori. Aksi tersebut telah dipercayai dirakam oleh seorang individu yang berada di bahagian tempat duduk penumpang di dalam lori berkenaan. Berdasarkan video berdurasi 0:05 saat, kelihatan juga beberapa individu lain turut berada di kawasan berkenaan sambil memegang kamera.

Dalam kapsyen yang ditulis, Wany sempat berseloroh sambil memberi ‘pick up line’. Bukan itu sahaja, dia juga meminta orang ramai mengundinya. Hal ini berikutan daripada beberapa netizen yang mendakwa wajah Wany dikatakan mirip dengan wakil rakyat dari DUN Ketari iaitu YB Young Syefura Othman atau mesra disapa YB Rara.

Hebat ye pandu lori

‘Laju sikit sis’

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya turut terhibur melihat telatah spontan penyanyi kesayangan mereka ini. Video ini telah mendapat 176k tontonan dan 9k tanda suka.

Sumber: Wany Hasrita

SKIP THIS AD ×