berita

[VIDEO] Bincang Baik-Baiklah Kak, Satu Taman Dengar Laki Bini Bergaduh….

April 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat dinafikan, adat kehidupan berumahtangga pasti ada pasang surutnya. Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang. Dalam hal ini, suami isteri perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi menyelasaikan perselisihan faham yang berlaku.

Jiran bertengkar

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Eyraa Kim di laman TikTok, wanita ini mendakwa berlakunya pertengkaran yang melibatkan pasangan suami isteri di kawasan kejiranannya. Hal ini terbukti selepas Eyraa mendengar sendiri si isteri menjerit meminta tolong,

Bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa jirannya itu telah berlari keluar dari pagar rumah tersebut. Berdasarkan video yang dikongsikan, kedengaran suara si isteri yang dipercayai menggunakan dialek Kelantan ini sedang menjerit seakan memarahi suaminya. Malah, ada juga dakwaan mengatakan si isteri telah dipukul oleh suaminya. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dan punca di sebalik pertengkaran yang berlaku ini kerana rakaman suara dari video tersebut kurang jelas.

Nak tolong tapi hal rumah tangga. Akak aku cakap kalau pukul depan rumah kita, kita pukul laki dia dengan penyapu ramai-ramai.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mencadangkan agar Eyraa membuat laporan polis bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Suami isteri bergaduh

@eyraa_kimdah sedia ngn batang penyapu #h#akwanita #p#ukuldia #c#urang #j#irankepochi #w#anita #f#yp? bunyi asal – eyraa kim

Respon netizen

Sumber: Eyraa Kim

SKIP THIS AD ×