Upacara gender reveal kini menjadi trend kepada bakal ibu bapa muda untuk memberitahu jantina anak yang bakal dilahirkan. Acara seumpama ini seakan kejutan yang diberikan kepada keluarga dan rakan terdekat.
Tapi kali ini, majlis gender reveal yang dianjurkan oleh pasangan Youtuber Anas Marwah dan Aayla ini berjaya menarik minat orang ramai apabila pasangan ini membuat kejutan menerusi lampu di bangunan pencakar langit Burj Khalifa, Dubai.
Majlis ‘gender reveal’ paling mahal
Couple paid around USD 95,000 to reveal the gender on Burj Khalifa, Dubai. pic.twitter.com/68pxHaO2cB
— #SavePriyanshu (@crowngaurav) September 10, 2020
Menurut News.Com majlis gender reveal yang dianjurkan pasangan tersebut telah menelan kos hampir $130,000 USD (kira-kira RM 540k) bagi semua kelengkapan.
Video yang berdurasi 2 minit itu mendapat lebih 9.7k retweet dan 31.6k like menunjukkan pasangan tersebut menanti dan menghitung detik selama 10 saat bersama-sama untuk mengetahui jantina anak kedua mereka.
Menerusi video tersebut, pasangan tersebut kelihatan sangat teruja dan sebak tanda gembira dengan bakal anak mereka.
Bakal menimang anak lelaki
Foto: News.Com
Menerusi lampu berwarna biru yang terpancar di bangunan pencakar langit itu menunjukkan Anas dan isterinya Aayla, bakal menimang anak lelaki. Ia merupakan anak lelaki pertama mereka setelah mempunyai anak perempuan sulong iaitu Mila.
Bangunan Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan mencatatkan setinggi 829.8 meter dan mempunyai 163 tingkat menjadi saksi mengenai anak yang bakal diterima mereka.
Kisah mereka ini secara tidak langsung memberi inspirasi dan idea kepada orang ramai dalam menganjurkan upacara baby reveal.
Sumber: Crowngauraz ,News.Com