Penyanyi Black Hanifah pernah terpalit dengan kontroversi berhubung dakwaan kes penggubahan wang haram atau ‘cuci duit’ sehingga menjadi perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Didakwa Beli Kapal Mewah Hasil ‘Cuci Duit’, Black Hanifah Kena Serangan Anxiety
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Yang Datang Konsert Hitam Manis, Insya-Allah Dapat Dengar Balik Suara Saya Sewaktu Umur 20-An Dulu’ – Black
Penjelasan Black
@affendyjailani #bukakmulut #malaysiatiktok #fypmalaysia #foryou #foryoupage #tiktokmalaysia #fyp??viral #blackhanifah
Menerusi podcast Bukak Mulut, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menjelaskan tentang perbelanjaan dan simpanannya hasil dari wang kemenangan dalam program Mentor.
Saya menang Mentor dapat RM100,000 dan sebuah kereta. Kereta saya bagi ayah saya dan RM100,000 saya masuk dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Saya nak beli kereta tapi ayah saya kata jangan, dia suruh saya beli rumah dahulu. Saya beli dengan harga RM248,000 dan rumah itu saya bagi mak ayah saya duduk.
Pada ketika itu pula, lagu-lagu hits saya keluar dan ‘show’ setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, sampailah beberapa tahun. Memang saya enjoy lepas beli rumah pertama, hampir-hampir lingkup juga tapi disebabkan setiap minggu ada persembahan jadi duit itu tak pernah putus.
Pelantun lagu Teman Pengganti itu juga berkata, selepas mendirikan rumah tangga, isterinya banyak membantu menguruskan kewangan dan juga simpanan mereka.
Hujung 2012 saya berkahwin dan saya beli sebuah lagi rumah. Saya seorang yang boros juga tetapi isteri saya yang tolong uruskan duit-duit ‘show’ saya.
Hasil simpanan itu saya beli rumah ketiga. Saya bukan jenis nak beli Lamborghini tapi saya memilih untuk masa depan, mengumpul harta dulu.
Bukan ‘cuci duit’
Menurut Black, dia mampu untuk membeli tanah di Pulau Langkawi dan sebuah kapal adalah daripada sumber kewangannya sendiri dan bukanlah daripada hasil penggubahan wang haram.
Ketika itu mak pula nak sebuah rumah di kampung, saya buat rumah di sana dan jual rumah pertama saya dengan harga RM600,000.
Kemudian dengan duit-duit itu saya simpan. Ingat saya ni boros sangat ke? Aku ada duitlah, mana nak ‘cucinya’ duit tu? Nak ambil mana duit tu? Siapa nak bagi duit dekat kita, kalau bukan kita yang usahakan sendiri.
Dari situ saya jana duit dan beli tanah sedikit demi sedikit di Pulau Langkawi dan beli sebuah kapal.
Terdahulu, timbul spekulasi Black melakukan aktiviti ‘cuci duit’ selepas tular sepotong video dia memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.
Susulan itu, ramai yang mempersoalkan kemampuan penyanyi berusia 36 tahun tersebut untuk memiliki kapal mewah berkenaan.
Sumber: TikTok