Semalam berita mengenai gaji yang diterima oleh pengawal peribadi menjadi topik perbualan hangat netizen di sosial media. Mereka berpendapat gaji sebanyak RM 1k sangat lah sedikit. Tambahan lagi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Walaubagaimana pun, Aliff menafikan perkara tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Bisnes Untung Juta-Juta, Tapi Gaji Bodyguard RM1k?’ – Aliff Syukri Cetus Kontroversi Lagi
Tidak tahan tohmahan dan kutukan orang ramai, Aliff telah memuat naik video bersama pengawal peribadinya. Dia meminta supaya pengawal peribadinya beri pencerahan mengenai isu tersebut. Betul ke gaji sebanyak RM 1k sahaja? Jawapannya ada dalam video ini.
‘Tak tahu, jangan fitnah..’
Macam Dato’ Aliff cakap, kalau tak tahu jangan cepat buat spekulasi yang bukan-bukan. Pengawal peribadi menyatakan bahawa gaji RM 1k itu sama sekali tidak benar, malah apa yang diterima berlipat kali ganda dari jumlah gaji yang dinyatakan orang ramai.
Pedulikan apa orang kata- Netizen
Sumber: Instagram Dato’ Aliff Syukri