Menitik air mata kami tatkala melihat video seorang kanak-kanak pengidap kanser otak merealisasikan impiannya untuk menjadi bomba. Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini sudah diletakkan di bawah status paliatif yang bermaksud tidak ada lagi harapan untuk dirinya. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Pemintaan terakhir
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/902567330122236/
Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak. Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan mengidap kanser otak tahap empat dan urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Ahmad Danial bercita-cita mahu menjadi bomba namun pakar perubatan mengesahkan peluang untuk kanak-kanak ini meneruskan hidup amat tipis. Sama-sama kita doakan mereka.
Menerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona, Danial disahkah penghidap kanser otak DIPG. Ibu bapa kanak-kanak ini akur dengan ketentuan takdir bahawa DIPG ialah kanser yang tidak dapat dirawat.
Namun, pada setiap peluang dan kesempatan, mereka akan mencuba untuk memberikan Danial apa jua harapan untuk kembali pulih.
Sebaknya
KUANTAN 5 OKT 2019
JBPM PAHANG REALISASI HASRAT PESAKIT KANSER TAHAP 4
Impian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi yang menghidap kanser otak DIPG (Diffuse Intrinsic Pontine Glioma) untuk menjadi anggota bomba tercapai selepas dibawa menaiki jentera bomba di sekitar kawasan Kampung Beserah menerusi program bersama Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA) Malaysia dan PEKASIH MRSM Kuantan.
YS Pengarah JBPM Pahang hadir bagi meraikan adik Ahmad Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba dengan meluangkan masa untuk menyarungkan sendiri baju uniform serta turut menyampaikan cenderamata daripada JBPM Pahang.
Pihak Bomba & Penyelamat Negeri Pahang turut berkongsi beberapa keping foto bersama adik Danial yang bercita-cita menjadi bomba.
Bersama pasukan Bomba
Netizen sedih
Sumber : Buletin TV3