Usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita berkongsi momen dirinya melawat salah seorang penuntut di sebuah pusat pemulihan akhlak bernama Nur Albarakah Sufi yang berada dalam tidak keruan menerusi perkongsian di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jemput Fitnah, Dosa Selalu Memburu Hidup Kita’ – Bonda Rozita
Lawat salah seorang penuntut
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian itu, Bonda Rozita atau nama sebenarnya Rozita Ibrahim mengakui dirinya bersimpati dan terkesan dengan keadaan penuntut itu yang berhalusinasi akibat penggunaan rokok elektronik (vape) berperisa ‘mushroom’.
Susulan itu, ibu kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri ini menitipkan nasihat buat anak muda untuk menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah serta rokok elektronik.
Anak-anak muda tolong jangan hisap vape, rokok dan dadah kerana ia adalah racun wahai anak muda.
Perkara-perkara itu boleh merosakkan otak, membinasakan tubuh badan dan menjamin kesusahan buat diri anda di masa akan datang, bertaubatlah.
Sumbang RM100k
Sementara itu, Bonda Rozita memaklumkan dirinya akan menghulurkan bantuan sebanyak RM100,000 buat pusat pemulihan yang terletak di Kedah itu bagi meringankan beban yang dihadapi.
Menurut Bonda, wang sumbungan itu bertujuan untuk membantu membayar sewa bulanan yang tertunggak dan menambah beberapa blok bangunan di pusat pemulihan akhlak tersebut.
Insya-Allah bonda akan menyumbang pada pusat pemulihan akhlak ini agar dapat memulihkan akidah mereka melalui rawatan secara holistik.
Bantuan kami sumbangkan adalah sebanyak RM100,000 untuk bayar sewa tertunggak dan menambah bangunan, insya-Allah akan menyusul lagi jika ada rezeki.
Sumber: Instagram Bonda Rozita