berita

[VIDEO] Aliff Aziz Merayu, Menangis Tak Nak Putus Hubungan Dengan Sarah Yasmine – ‘Sumpah Awak Dah Tak Sayang Saya?’

April 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmnie telah membongkarkan rakaman suara antara dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘I Give You My Phone’ – Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis, Tak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar

‘Sumpah awak dah tak sayang saya?’

Menerusi rakaman suara tersebut, kedengaran Aliff menangis teresak-esak meminta agar dirinya diberi peluang kedua selepas Sarah memaklumkan untuk memutuskan hubungan dengannya.

Sumpah awak dah tak sayang saya? Saya dah beri awak telefon saya, apa salah saya? Ikhlas di hati, awak sayang saya lagi? Awak masih sayang saya kan? Ada peluang untuk saya perbaiki.

Saya beri awak telefon saya. Lakukan apa sahaja awak nak. Tanya apa sahaja yang awak nak. Benda paling rahsia adalah di telefon.

Susulan daripada itu, Sarah meminta agar penyanyi kelahiran Singapura itu tidak menyalahkan dirinya kerana menyebarkan rakaman suara tersebut. Sarah akui dia berbuat demikian kerana berang dengan aktor Ruhainies yang dikatakan sering menipunya sebelum ini.

Saya minta maaf kepada Aliff kerana menggunakan rakaman suara ini. Awak boleh marah Ruhainies kerana dia yang menipu saya dan awak sendiri tahu saya tak suka dia.

Dalam pada itu, Sarah menafikan dakwaan ketika rakaman itu dia dan Aliff sedang berada di bawah pengaruh alkohol selain menjelaskan bahawa rakaman itu sepatutnya diberikan kepada adik aktor berkenaan sahaja.

Rakaman suara

@boom.malaysiaRamai complaint tak dapat dengar jelas kan? Nah, min belanja. ? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #sarahyasmine #alifaziz #ruhainies #fitnah #lum #musm #lu? original sound – Boom! Malaysia

Sumber: TikTok Boom, IG Sarah Yasmine

SKIP THIS AD ×