Penyanyi Adira Suhaimi memilih untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak-anak dan belum berfikir untuk mencari pengganti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Rujuk Kembali, Adira & Datuk Red Sudah ‘Move On’ – ‘Memang Tidak Ada Sinar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Cemburu Adira Masuk Kedai Emas Beli Cincin? – ‘Ada Yang Mengorat Ke?’
Tak cari pengganti
@nona.my Tidak ada yang baik-baik saja, semua orang sedang berjuang dengan ujian masing-masing. Positif dan terinspirasi dengan cara selebriti Adira Suhaimi menjalani kehidupannya sekarang, ibu tunggal yang periang dan workaholic… terlalu sibuk cari rezeki dan urus anak sampai @adirasuhaimi.AMI tidur pun cuma 4 jam sehari! #adirasuhaimi #datored #sembangentertainment #majalahnona #hijabstyle #inspirasinona
Menerusi temu bual bersama Nona, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi menyatakan tumpuannya ketika ini adalah terhadap kerjaya demi membesarkan empat orang cahaya mata.
Buat masa sekarang ini saya fokus untuk besarkan anak-anak dan tak terfikir lagi nak mencari sesiapa. Yang penting sekarang ini saya nak kena besarkan amanah empat orang anak.
Buat masa sekarang dah cukup. Saya tak nak la cakap takkan (cari pengganti) sebab benda itu kita tak tahu. Kalau Allah kata ada siapalah kita (untuk kata tidak).
Tapi buat masa ini, tak ada hati lagi untuk mencari. Saya memang fokus cari rezeki untuk anak-anak
Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu sempat menitipkan nasihat agar setiap individu di luar sana sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT terutama ketika diuji.
Saya percaya masing-masing ada dugaan dan ada cara untuk menangani. Tapi satu yang penting jangan putus doa, jangan putus harapan atau patah semangat.
Kita keep moving, apa yang kita nampak dekat depan, kita jalani sahaja. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini.
Insya-Allah nikmat yang akan dapat lebih besar, jangan putus doa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi berusia 32 tahun itu kerana mempunyai pemikiran yang positif.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.
Sumber: TikTok Nona