Tak dinafikan, kisah percintaan pempengaruh media sosial, Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol semakin mendapat perhatian ramai. Malah pasangan ini juga dilihat terbuka berkongsi kemesraan mereka di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan & Jefri Nichol Romantis Berpegangan Tangan, Netizen Kata Dah Macam Pasangan Bercinta? – ‘Muka Diorang Sama Lah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Panggil Jefri Nichol ‘Sayang’, Simpan Botol Ubat Teman Lelaki Sebab Comel
Kahwin tahun ini?
@ohbulanofficial Kalau dah dua kali tu.. ??? #ohbulan #fyp #news #ameerakhan #jefrinichol #teruja #nak #kahwin #filter ? Sexiness – Toshio Masuda
Baru-baru ini, Ameera atau lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan melakukan trend viral di TikTok, ‘My 2025 Prediction’ iaitu jangkaan yang akan berlaku pada kehidupan seseorang pada tahun 2025.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah adik kepada usahawan Noor Neelofa ini dijangka bakal berkahwin pada tahun ini. Dalam masa yang sama, Ameera dilihat sempat ‘mention’ nama teman lelakinya, Jefri.
Meskipun ianya hanyalah sekadar hiburan semata-mata namun Ameera dilihat begitu teruja memandangkan dua kali percubaan, dia mendapat ‘jawapan’ yang sama iaitu dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Terdahulu, Jefri berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya. Dia juga mengaku pernah menjamah daging khinzir meskipun dirinya beragama Islam.
Ameera dan Jefri dilapor pernah menyulam cinta, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri di IG.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
Ameera juga mengesahkan hubungannya dengan Jefri dengan menggelarkan lelaki itu sebagai teman lelakinya selain memberitahu keluarganya merestui hubungan tersebut.
Sumber: Instagram Ameera Khan