berita

[VIDEO] Budak Darjah 4 Pun Dah Jemu Dengan Politik Malaysia…

November 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Mungkin kerana muak dengan pergolakan politik dalam negara yang makin menjadi-jadi, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun secara spontan memberikan pandangan ‘jujur’ selepas ditanya mengenai hal terbabit.

Menerusi perkongsian video oleh seorang gadis yang dikenali sebagai AtiFaiza, menunjukkan video bapanya sedang menemu bual anak saudaranya mengenai isu wabak Covid-19 dan pemimpin negara.

Nasihat buat pemimpin

Video tersebut yang berdurasi satu minit tiga saat, memaparkan bapanya bertanyakan kepada anak saudaranya, yang dikenali sebagai Adam mengenai wabak Covid-19 dan situasi politik semasa. Adam merupakan seorang pelajar darjah empat begitu spontan menjawab segala persoalan ayahnya. Jawapan yang diberikan Adam ketika itu agak bernas dan meraih perhatian warganet. Malahan, ayahnya ketika itu turut terhibur akan respon yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

Orang politik ni dah tua, lebih baik bertaubat jelah, duit banyak, takyahlah pimpin negara pergilah Umrah ke Haji ke.

Bila disoal jika pemimpin tua akan ‘berehat’ siapa yang akan memimpin negara, ini respon bernas Adam. Sarcasm habis!

Bagilah generasi muda pulak yang pimpin…. kadang-kadang dah dua tiga kali dah ni jadi Perdana Menteri….Insaflah

Gadis tersebut turut menjelaskan video tersebut merupakan reaksi spontan dan tidak disediakan sebarang skrip kepada anak saudaranya untuk menjawab segala persoalan ayahnya.

Punya Instagram & Youtube sendiri

Channel Youtube Adam sudah mempunyai 84 pengikut, manakala Instagramnya Superadamrayyyan mempunyai 722 pengikut. Platfom tersebut digunakan oleh kanak-kanak tersebut untuk berkongsi video-video menarik yang dihasilkan olehnya. Antaranya ialah video magik, hasil suntingan videonya, travelog, remake video dan beberapa video yang lain.

Instagramnya juga turut mempunyai 722 posting manakala channel Youtubenya sudah mempunyai 126 video.

Sumber: AtiFaiza & SuperAdamRayyyan

SKIP THIS AD ×