Penyanyi, Syasya Rizal menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menghinanya berkaitan isu termakan daging khinzir ketika bercuti di luar negara.

Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’

Artikel Berkaitan: Dalam Mulut Syasya Rizal Bukan Daging Khinzir

‘Muka pun dah macam…’

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal memuat naik video memaparkan dirinya sedang bersiap memakai kostum Tradisional di Lijiang, China.

Bagaimanapun, hantaran itu mendapat reaksi kurang senang daripada segelintir netizen sehingga memberi teguran yang menghina dirinya.

Bekas penyanyi kumpulan Dolla itu berkata tidak salah untuk menegur tetapi pastikan dalam cara yang tidak menjatuhkan maruahnya.

Jaga percakapan. Nak tegur silakan tetapi biar beradab.

Bukan dengan cara menghina atau menjatuhkan maruah orang lain.

Teguran tidak akan sampai apabila dibalut dengan caci maki.

Dan untuk peringatan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang dah melangkaui batas yang tidak sepatutnya.

Sebelum ini, Syasya berkongsi video dia termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara namun perkongsiannya itu mendapat pelbagai respons netizen.

Sumber: TikTok