![[VIDEO] Bukan Hanya Sekadar Lafaz, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Perbezaan Talak 1, 2 & 3](https://asset.ohbulan.com/2026/04/talak-.jpg)
Dalam konteks syariah, talak merujuk kepada pembubaran ikatan perkahwinan yang dilafazkan oleh suami.
Islam menetapkan garis panduan yang jelas bagi memastikan proses ini berlaku secara adil dan berhemah, serta menjaga hak kedua-dua pihak termasuk anak-anak.
Artikel Berkaitan: Individu Dedah Suami Ugut Cerai Isteri Hamil, Tak Izin Diperiksa Doktor Lelaki – ‘Bayi Lahir Kami Tak Bagi Azan Sebab Dah Jatuh Talak’
Artikel Berkaitan: ‘Diceraikan Kerana Sikap Baran, Saya Sedar Bila Semuanya Dah Terlambat’
Perbezaan talak
Perbezaan talak pula penting untuk difahami kerana ia menentukan sama ada pasangan masih boleh rujuk, perlu akad nikah semula, atau berpisah secara muktamad.
Dengan mengetahui jenis-jenis talak, seseorang dapat mengelakkan kekeliruan serta memastikan setiap tindakan yang diambil mematuhi syariat dan tidak menzalimi mana-mana pihak.
Menerusi sebuah perkongsian, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan dengan lebih terperinci berkenan perbezaan talak satu, dua dan tiga.
Allah beri kita tiga kali talak dan perlu dijaga. Makna talak lepas atau buka, akad pula maksudnya simpul.
Dalam al-Quran, talak itu dua kali sahaja, maksudnya talak yang boleh dirujuk. Kalau selepas dua kali, kamu talakkan lagi maka sudah tiga kali dan tidak boleh menjadi suaminya sampailah bekas isteri kamu berkahwin, kemudian bercerai dengan lelaki lain.
Menurut Ustaz Azhar, bagi talak satu dan dua, pasangan suami isteri yang sudah bercerai boleh dirujuk dalam tempoh iddah. Jika sudah selesai tempoh idah, mereka boleh bernikah semula.
Talak satu masih boleh dirujuk. Kalau selesai tempoh iddah boleh bernikah semula.
Talak kedua juga masih boleh dirujuk dan pasangan itu juga boleh berkahwin semula jika isteri sudah pun selesai tempoh iddahnya.
Bagaimanapun, berbeza dengan talak tiga iaitu pasangan berkenaan tidak boleh rujuk dan nikah semula melainkan bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain lalu bercerai. Maka, selepas itu pasangan tersebut boleh berkahwin kembali.
Namun, talak ketiga, pasangan tersebut tidak boleh rujuk atau berkahwin semula.
Talak ketiga di dalam kategori bain kubra, iaitu tidak boleh dirujuk.
Manakala, bain sughra pula, contohnya cerai sebelum bersetubuh, mereka tidak boleh rujuk tetapi boleh bernikah kembali.
Sumber: TikTok