Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi keadaan terkini isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos yang sedang hamil anak ketujuh mereka.
Artikel berkaitan: Kongsi Video Bisik Sambil Tersenyum Di IG, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Lagi
Bukan kembar kali ini
View this post on Instagram
Di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik video yang menunjukkan mereka membuat pemeriksaan jantung bayi yang kini berusia 12 minggu. Menerusi perkongsian tersebut juga, Dr Sheikh memberitahu hasratnya untuk memiliki anak kembar kali ini tidak kesampaian kerana hanya ada satu degupan jantung bayi.
Bukan kembar kali ini. Saya minta Dr Imelda untuk mencari anak kembar seorang lagi, mungkin sorok dibelakang uterus. Tetapi doktor cakap hanya ada satu degupan jantung. Tetap bersyukur, Alhamdulillah. Maybe next one.
Tambah Dr Sheikh, bayi tersebut baru membesar seperti saiz buah pear dan degupan jantungnya sangat kuat. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur membaca coretan Dr Sheikh yang sempat berseloroh mahukan anak kembar untuk kehamilan seterusnya. Dalam pada itu, ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar