berita

[VIDEO] ‘Bukan Malu, Segan..’ – Sharnaaz Tergamam Azira Shafinaz Join Live, Confirm Bercinta Ke?

May 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad dihimpit lagi kontroversi apabila didakwa menjalin hubungan mesra dengan penyanyi dari kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Gosip itu tercetus apabila kelihatan Sharnaaz pernah didakwa memuat naik foto memeluk bahu Azira di IG Stories .

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Satgi Aku Bawa Hang Naik Belon Panas, Tapi Hang Peluk Aku Dak?’

Tetapi lebih menjadi tumpuan apabila Shukri Yahaya sekali lagi bergurau di Instagram Live bersama Sharnaaz dan menjemput Azira Shafinaz sekali. Paling best part Shukri tinggalkan Sharnaaz dan Azira berdua. Terdiam Mamu!

‘Awat hang diam Mat?’

Instagram Live itu pada awalnya hanya ada Shukri Yahaya dan Sharnaaz sahaja. Mereka berdua berborak santai hampir 1 jam 09 minit sebelum Sharnaaz mengajak Azira Shafinaz sertai IG Live bersama. Semasa Azira sertai Live tersebut, kelihatan Sharnaaz terus memakai topi yang difahamkan dihadiahkan oleh Azira Shafinaz.

Lebih terhibur lagi apabila Shukri Yahaya meninggalkan IG Live tersebut secara spontan dan hanya membiarkan mereka berdua.

Zaman dulu aku ada kawan yang couple, aku tak ada girlfriend. Tapi aku ikut diaorang pergi tengok wayang. Macam ni lah.. Macam keadaan sekarang ini lah. Eh, takut salah cakap pula (sambil tampar mulut sendiri)

Pandai Shukri menyagat Sharnaaz

Situasi IG Live antara mereka menjadi sedikit kekok apabila Shukri Yahaya tinggalkan Sharnaaz dan Azira berdua. Malah, IG Live tersebut ketika itu ditonton seramai 16 ribu pengikut di laman Instagram.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×