Akad nikah merupakan detik indah dan mendebarkan yang dinantikan oleh setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Memang tak dapat digambarkan perasaan gementar yang dialami oleh pengantin lelaki ketika majlis akad nikah berlangsung.
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang wali (bapa) turut berasa gugup sehingga tersasul menyebut namanya sendiri ketika lafaz nikah untuk anak perempuan tersayang.
Tersasul lah pula
Video pendek berdurasi 0:27 saat itu dikongsikan oleh adik pengantin perempuan, Nayzee_ memaparkan satu majlis akad nikah telah berlangsung di sebuah kediaman. Berdasarkan video viral itu kelihatan pengantin lelaki sudah bersedia untuk melafazkan akad sementara di hadapannya terdapat seorang tok kadi, bapa pengantin perempuan sebagai wali dan beberapa saksi lain.
Pada awalnya, keadaan majlis sangat tenang dan senyap sementara menanti pasangan pengantin disatukan sebagai suami isteri. Tetapi keadaan bertukar kecoh dan dipenuhi dengan gelak tawa selepas bapa pengantin perempuan sebagai wali tersasul menyebut namanya sendiri iaitu ‘Rozali’ dan bukannya nama anak perempuannya saat akad nikah berlangsung. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan ianya mengundang lucu dalam kalangan para tetamu, pengantin dan tok kadi.
Kelakar!
“Aku nikahkan dikau dengan anakku Rozali”
So my dad said HIS name instead of my sister’s name HAHAHA why is he like that???? pic.twitter.com/3z8LcagQMg— ?? (@nayzee_) March 27, 2021
‘Gemuruh sampai salam tok kadi’
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat aksi spontan itu selain mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina. Tidak kurang juga ada yang memaklumkan sebenarnya pada ketika itu bapa pengantin sangat gementar. Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan netizen turut berkongsi momen yang sama pernah dilalui mereka pada suatu ketika dahulu.
Sumber: Nayzee_