berita

[VIDEO] Bukan Setakat Handal Di Dapur, Ira Kazar Tunjuk Skil Petik Gitar Sambil Menyanyi Lagu ‘Best Part’

September 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ira kazar

Selain pandai memasak, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memiliki kebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Artikel Berkaitan: Penangan Air Tangan Ira Kazar, Sotong ‘Out Of Stock’

Artikel Berkaitan: Masak Sambal Sotong Kegemaran Syamsul, Ira Kazar Layan Permintaan Netizen Minta Resepi

Nyanyi sambil petik gitar

ira kazar

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu Inggeris berjudul Best Part yang dipopularkan oleh Daniel Caesar dan H.E.R.

Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi ini turut mengakui dia agak sukar untuk menukar kord gitar selain tidak menghafal lirik lagu tersebut.

Nak tukar kord sangat susah.

Tak hafal lirik.

Bagaimanapun, Ira dilihat tetap mendendangkan lagu itu dengan baik untuk para pengikutnya di IG.

Sebelum ini, wanita berusia 29 tahun tersebut sering memuat naik juadah dan berkongsi resipi masakan kegemaran suami di media sosial sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4

Video

@ohbulanofficial

Replying to @????? ????? Syahdunya min dengar Ira Kazar main gitar.. suara pun sedap ?? #ohbulan #fyp #news #irakazar

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Sumber: Instagram Ira Kazar

SKIP THIS AD ×