berita

[VIDEO] ‘Bye Mak…’ – Anak Kongsi Detik Sebak Ibu Positif Covid-19 Dijemput Ambulans

December 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di aplikasi TikTok, seorang anak yang dikenali Fazyana, berkongsi satu video yang membuatkan warganet sebak apabila ibunya dijemput oleh pegawai perubatan kesihatan bersama ambulans. Difahamkan, ibunya positif Covid-19.

Berita kurang baik

 

Menerusi video TikTok yang berdurasi kurang 20 saat itu, menceritakan satu keluarganya mendapat berita yang sedih. Difahamkan, ibunya disahkan positif Covid-19 dan ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama perlu menjalani saringan ujian calit. Jelasnya lagi, virus Covid-19 sudah dikesan pada ibunya sejak dua minggu yang lepas.

Di penghujung video, wanita tersebut meminta individu yang bersamanya minggu ini dan minggu lepas, untuk tampil melakukan ujian calit jika dia disahkan positif Covid-19.

Dibawa bersama ambulans

 

Video kedua memaparkan pasukan perubatan kesihatan datang bersama ambulans, lengkap berpakaian sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi ‘menjemput’ ibunya. Anaknya ketika itu sempat memberikan nasihat kepada ibunya supaya kuat berhadapan dengan virus tersebut.

Mak jangan nangis….bye,bye mak… apa mak cakap macam tu…Takda apa lah mak.

Lagi sebak, apabila ambulans tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.

Buat saringan

 

Terbaru, wanita tersebut memuat naik satu lagi video di TikTok menanti giliran untuk melakukan ujian calit di sebuah klinik kesihatan. Perkongsian tersebut dihujani komen, yang mendoakan supaya mereka sekeluarga cepat sembuh dan sabar menghadapi ujian tersebut.

Sumber: Fazyana

SKIP THIS AD ×