Pempengaruh media sosial Ceddy Ang mengulas hantaran seorang individu warga cina yang mengakui tidak mandi pagi.

Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Luah Rasa Bangga Lepas Tonton Ejen Ali: The Movie 2 – ‘Saya Akan Beritahu Satu Dunia Inilah Filem Kita’

Artikel Berkaitan: Ceddy Tempelak Individu Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan – ‘Dah Tua Pun Ada Yang B*doh’

Cina tak mandi

@ceddyornot

Once again tolong jangan pukul rata ye, many of us cina DO shower in the morning. And psa untuk those yang selalu fefeeling badan dia bau sedap, tolong ye, kalau you tak mandi, you tak tau je badan kau dah berbau cengis kepam hanyir hancing, just because you don’t smell it doesn’t mean others don’t! Aiyoooo masuk bathroom sekarang!!

♬ original sound – Ceddy Ang – Ceddy Ang

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ceddy menegaskan untuk tidak mengeneralisasikan setiap individu berbangsa cina.

Menurut Ceddy, dia sudah dilatih untuk mandi pagi walaupun dalam keadaan sejuk dan tidak berpeluh.

Setiap tahun mesti ada isu mengenai cina tak mandi.

Saya cuba nak cakap jangan generalisasikan cakap cina tak mandi.

Saya tidak tahu mengenai semua orang tapi saya jenis yang mandi pagi. Walaupun sangat sejuk, saya tiada alasan untuk tidak mandi.

Ini bukan negara yang ada musim sejuk. Dekat Malaysia ada dua musim saja, tak musim panas mesti musim hujan.

Teguran buat warga cina

Dalam pada itu, Ceddy menegur segelintir warga cina untuk menormalisasikan mandi pagi.

Ujarnya, individu yang tidak mandi akan mula meninggalkan bau sekali gus memberi persekitaran yang tidak selesa kepada orang lain.

Ada orang cina cakap kalau mandi nanti masuk angin.

Kalau anda tak mandi, anda busuk. Terutama rambut, akan ada bau yang pelik.

Jika anda tak bau, bukan bermaksud orang lain tak bau.

Kalau tak mandi pagi, nanti tengahari, rambut dan ketiak anda akan mula berbau.

Tolong, deodoran tidak cukup. Kena mandi.

Sumber: TikTok @ceddyang