Pempengaruh media sosial, CEO Helmie nampaknya masih aktif melakukan video di TikTok meskipun pelawak, Shuib memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-udang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum Cari Aku, Lebih Baik Kau Pergi Cari Bekas Pekerja Bayar Duit Dulu’ – CEO Helmie
Artikel Berkaitan: ‘Kau Buka SSM Tengok Pemegang Saham Terbesar Nama Dia Shahmira Muhamad’ – Shuib Berang Dengan CEO Helmie
Ambil cuti rehat
Terbaru, Helmie dilihat memberi nasihat kepada Shuib agar mengambil cuti rehat sekiranya berasa stres. Di samping itu, Helmie turut meminta Watie untuk menjaga Shuib seperti arwah Siti Sarah menjaga sepanjang hayatnya.
Nasihat saya kepada Shuib, kalau stress sangat pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan cuti rehat (mc). Balik rumah minta isteri jaga kesihatan.
Wahai Watie jagalah Shuib elok-elok seperti mana Siti Sarah jaga Shuib dulu.
Tidak henti di situ, Helmie meminta bapa kepada empat orang cahaya mata itu berfikir tentang produk air minuman yang lain pula selepas ini.
Lepas tu, fikir pula Shuib lepas ni nak buat air apa pula. Nak partner dengan Bangladesh, Pakistan ataupun dengan orang China ke tak apalah. Lepas tu guna pendekatan sokong bumiputera dan produk Muslim.
Di akhir video, Helmie memberi nasihat kepada Shuib agar belajar lagi cara untuk ‘spin’.
Okey Shuib. Cuma nasihat saya, belajar lagi untuk spin. Tambahkan lagi kemahiran spin spin spin itu. Bye.
Video
@ceo.heelmie.fight Good Luck Shuib Jual Air Baru Nanti ok.
? Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – The Little Meirmade ?????
Sumber: CEO Helmie