berita

[VIDEO] Ceroboh Majlis Kahwin & Dakwa Sedang Hamil, Kehadiran Wanita Ini Bikin Kecoh!

August 6th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Hari bahagia sepasang suami isteri bertukar menjadi kecoh selepas majlis perkahwinan mereka dihadiri seorang tetamu wanita ‘tidak diundang’. Lebih ‘meriuhkan’ suasana apabila wanita berkenaan dengan selambanya mendakwa dirinya kini sedang hamil anak pengantin lelaki tersebut.

Tetamu buat ‘kecoh’


Menerusi laporan yang dipetik Daily Mail, insiden yang berlaku dalam majlis perkahwinan di Michigan, Amerika Syarikat (AS) itu sempat dirakam oleh salah seorang tetamu yang hadir. Video yang dirakam sebelum dimuatnaik di aplikasi TikTok sehingga menerima pelbagai respon daripada netizen.

Menerusi video pendek berdurasi 0:33 saat memaparkan pasangan pengantin pada ketika itu berada di gerbang hiasan sambil pendeta membacakan ikrar perkahwinan untuk menyatukan mereka. Namun secara tiba-tiba, seorang wanita datang dari arah belakang dan menjerit kepada pengantin lelaki berkenaan.

Anthony! Kamu berpura-pura tidak mengenali saya? Adakah kamu tidak mengambil ubat hari ini?

Dakwa sedang hamil

Walaupun begitu, kehadiran wanita terbabit langsung tidak diendahkan oleh mereka dan tetamu yang lain. Majlis perkahwinan itu masih berlangsung dan pendeta meneruskan bacaan ikrar perkahwinan. Wanita terbabit masih berkeras dan menimbulkan kekecohan sehingga mendakwa dirinya kini sedang hamil.

Anthony, saya tahu kamu dengar! Kamu berpura-pura tidak mengenali saya. Saya mengandungkan anak kamu.

Namun, tidak lama selepas itu, salah seorang tetamu yang dipercayai merupakan anak pengantin perempuan telah melemparkan bunga ke arah perempuan berkenaan. Dia juga sempat memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak mengganggu majlis perkahwinan ibunya yang sedang berlangsung.

Keadaan itu akhirnya kembali reda selepas seorang tetamu lain datang menghampiri sambil menenangkan anak perempuan pengantin terbabit.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×