![[VIDEO] Chazynash Masih Sediakan Bekas Isteri Tempat Tinggal & Kenderaan – ‘Saya Rasa Tanggungjawab & Tak Mahu Peningkan Dia’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/chazynash-22.jpg)
Personaliti media sosial, Chazynash dan bekas isteri, Fatin Morat masih lagi mengekalkan hubungan yang baik meskipun sudah memilih jalan perpisahan.
Artikel Berkaitan: Chazynash Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga, Tuduhan Netizen Merapu
Artikel Berkaitan: Tular Video Terkini Fatin Morat, Netizen Luah Rasa Risau – ‘Muka Dia Macam Sedih Ja’
Hubungan yang baik
Ketika ditemui OhBulan!, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menegaskan tiada pergelutan berlaku antara dia dan bekas isteri malah mereka memilih untuk tidak mendedahkan punca perceraian.
Alhamdulillah kami berpisah secara baik, tak ada bergaduh.
Anak-anak kami jaga mengikut giliran masing-masing.
Kalau boleh saya dan bekas isteri mahu elak daripada mendedahkan punca perceraian.
Chazynash berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama beg tangan terkenal Christy Ng X Mamee Monster yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.
Bantu bekas isteri
Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang anak ini masih tetap menyediakan kediaman dan keperluan asas untuk bekas isterinya dan anak-anak walaupun rumah tangga mereka sudah berakhir.
Hubungan kami tak ada masalah malah saya masih sediakan lagi tempat tinggal dan kenderaan untuk dia dan anak-anak.
Bekas isteri tak perlu keluarkan wang untuk bayar bil elektrik atau apa-apa sahaja seperti dahulu (ketika masih suami isteri) cumanya yang berbeza kami tidak lagi sembumbung kerana sudah bercerai.
Yang mana saya mampu, saya akan beri.
Menurut Chazynash, dia berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan bekas isteri. Justeru itu, timbul rasa tanggungjawab untuk tetap mengambil berat terhadap bekas isteri selain memberi keselesaan kepada anak-anak.
Kami sebelum ini sudah berkahwin selama 11 tahun, anak-anak pun sudah membesar dan mereka lebih banyak tinggal bersama bekas isteri jadi saya rasa bertanggungjawab untuk bagi nafkah dan tidak mahu memeningkan dia.
Perjanjian antara kami pun ada namun saya rasa tidak elok untuk bekas suami tak ambil endah langsung tentang bekas isteri. Ada juga kes, anak-anak pun si suami tidak ambil tahu hal mereka.
Tak jantanlah kalau ada lelaki yang tak beri nafkah dekat anak-anak. Tak patut untuk mana-mana lelaki tidak menghulurkan nafkah dengan memberi bermacam-macam alasan apabila isteri menuntut.
Imbas kembali, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.