Sering berkongsi momen bersama keluarga di rumah, pelakon Rozita Che Wan dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi mencuri tumpuan ramai.
Netizen puji didikan Che Ta
@rozitachewan1 Aaisyah, kalau mak hang hantaran 93 qibu , aaisyah nanti kena 900 qibu ???? Kalau pegang sendok pun tk qeti , jadi anak daqa tua nanti .. Tp aaisyah tip top kan? . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp ? original sound – Abg Pau ??
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta merakam momen anak bongsunya, Aaisyah sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah jawapan spontan yang diberikan Aaisyah kepada Che Ta.
Basuh pinggan lah Mummy. Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena lah basuh pinggan banyak-banyak.
Susulan daripada itu, Che Ta menasihati Aaisyah supaya menjadi seorang wanita yang bukan sahaja rajin membuat kerja rumah malah turut memiliki akal fikiran yang cerdik selain pandai mencari wang.
Kena pandai buat kerja rumah. Nak hantaran tinggi kena cerdik, kena pandai buat kerja rumah, kena complete semua, macam Mummy.
Cari duit pun pandai mak hang ni. Jangan tau nak melawa lipstik merah je. Pandai mengaji, solat jangan tinggal.
Menerusi ruangan kapsyen, Che Ta turut berseloroh memberitahu kelak hantaran Aaisyah berkemungkinan boleh mencecah sehingga RM900,000.
Aaisyah, kalau mak hang hantaran RM93,000..Aaisyah nanti kena RM900,000.
Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah tiptop kan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat dua beranak ini. Tidak kurang juga ramai yang memuji sikap Aaisyah yang rajin dan tidak kekok membuat kerja rumah walaupun masih bergelar kanak-kanak.
Che Ta ni bagus dia suruh buat kerja, tak ada nak manja-manja.
Rajinnya ada dara Che Ta ni, Macam mummy dia. Bagus lah macam ni didikan.
Tak kekok Aaisyah buat kerja, bagus.
Bagus dia, pandai buat kerja. Lepas basuh pinggan cuci sinki.
Sumber: TikTok Che Ta