Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang – ‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’
Artikel Berkaitan: Che Ta Dipilih Sebagai Pengacara Program Bukan Satu Gimik – ‘Semua Manusia Melakukan Kesilapan’
Hutang selesai
Ketika ditemui OhBulan!, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memaklumkan bahawa dirinya kini bebas dari bebanan hutang dan hanya membayar komitmen pinjaman perumahan.
Ya, Alhamdulillah. Yang perlu diselsaikan cuma hutang rumah.
Saya rasa selagi kita hidup, kita semua takkan lari dengan berhutang.
Menurut aktres berusia 52 tahun itu, kematangan menyebabkan dia tidak mudah melatah dalam menangani kontroversi yang melanda malah lebih memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan.
Mungkin kali ini saya atasi kontroversi cara berbeza kerana ia melibatkan ahli keluarga iaitu anak-anak. Saya tidak suka. Saya juga rasa tidak perlu untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa pun.
Anak saya tidak okay dan mereka jadi hairan mengapa saya boleh jadi sangat tenang.
Saya katakan pada mereka jangan bimbang kerana setiap masalah akan berakhir. Allah tidak akan turunkan ujian jika kita sebagai hambanya tidak mampu menghadapi. Allah ada.
Che Ta berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.
Ramai yang menjauh
Sementara itu, pelakon filem 4 Madu tersebut mendedahkan terdapat segelintir rakan-rakannya yang menjauhkan diri semenjak namanya terpalit isu hutang.
Memang ada kawan-kawan menjauhi. Tapi tidak mengapa. Bagi saya, bila Allah turunkan ujian, mungkin Dia mahu jauhkan dari kita daripada seseorang. Caranya adalah dengan membuatkan seseorang itu pergi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut juga memilih untuk tidak mengambil pusing dengan komen yang ditinggalkan warganet di media sosialnya.
Kita negara demokrasi di mana setiap orang ada hak bersuara. Kalau kita tutup komen orang akan anggap kita bersalah.
Mungkin nanti apabila dia nampak ada kebenaran, mereka akan sedar ada kesilapan berkata begitu. Saya pun enggan menegakkan benang yang basah.
Saya okay sahaja, saya teruskan hidup dan perniagaan
Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.
Sekitar Januari lalu, Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai kepada LHDN sebanyak RM50,000 secara tunai.
@ohbulanofficial Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tahniah ?? #ohbulan #kinitrending #rozitachewan #cheta #selesai #bayar #hutang #mara #2025