Chef selebriti terkenal, Chef Wan mencuri tumpuan ramai apabila menyediakan beberapa buah katil untuk semua kucing peliharaannya. Wow!
Artikel berkaitan: Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu
Artikel berkaitan: Chef Wan Utamakan Kebajikan, Beri Elaun Kepada Adik-Beradik & Bekas Isteri – ‘Seorang RM3,000 Macam Duit Pencen’
Ada nama di tilam
Menerusi beberapa buah posting di Instagram, Chef Wan memberitahu dia sudah menyediakan katil dan tilam baru untuk si bulus kesayangannya.
Cinnamon sedang memeriksa katil baru yang ada nama sendiri di tilam! Saya rasa saya semakin gila manjakan malaikat-malaikat kecil saya dengan katil mereka sendiri! Sekarang bilik tu macam mini hostel! Nasib baik tak ada katil double decker. Biasanya beberapa ekor daripada mereka tidur di atas katil single yang saya beli dulu untuk ibu saya yang sudah arwah di ruang televisyen untuk tidur sekejap, bukannya di sofa.
Apabila katil itu sampai, ibu saya tak suka. Walaupun saya pujuk dia berkali-kali, dia tetap tak mahu tidur di situ. Jadi akhirnya, daripada ruang televisyen kelihatan berselerak, saya putuskan untuk bagi kat kucing-kucing tu. Datin Kiah, Cardamon dan Cloves suka tidur di atas katil tu. Tamarind dan Tumeric suka tidur dalam katil bayi. Entah macam mana, mereka semua pilih tempat tidur kegemaran mereka sendiri.
Ujar Chef Wan lagi, dia berterima kasih kepada jenama tersebut kerana menghadiahkan banyak bantal selepas membeli tilam jenama itu.
Sekarang saya dah buang beberapa bakul mereka yang kelihatan berserabut dan gantikan dengan katil dan tilam. Saya rasa lama-lama nanti mereka akan biasa dengan katil baru mereka dan seronok bermalas-malasan di atasnya.
Terima kasih Getha sebab bagi banyak bantal sebagai hadiah untuk pembelian tilam. Alhamdulillah, saya boleh bawa semua tu ke rumah kampung saya di Sg Koyan Raub bila kerja ubah suai siap, dan keluarga saya boleh guna bila datang melawat. Ya, rumah tu juga perlukan semua katil dan tilam baru Getha kerana saya dah beri semua katil lama saya kepada pekerja Indonesia yang bekerja di ladang sawit kami.
Pening juga kepala, selepas semua kerja ubah suai rumah, nak cari bajet untuk mula perabotkan rumah pula. Syukur, beberapa bulan lepas saya dah asingkan bajet untuk semua peralatan dapur, dari dapur gas, peti sejuk, microwave, penggoreng dalam hingga ke flat top melalui Bofi bila mereka siap pasang kabinet dapur dan juga pulau dapur saya. Cantik reka bentuk dapur yang saya pilih.
Simple, berkualiti dan sesuai dengan ubah suai rumah baru ni.
Video
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan berkata, ingin menjadi seperti kucing.
Sumber: Chef Wan