Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sering mendapat perhatian daripada warganet terutama soal fesyen yang digayakannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B & DSV Buat ‘Room Tour’ Hotel Mewah Di Makkah – ‘Kita Dah Bayar Untuk 10 Hari RM420,000’
Pakaian Cik B
@affendyjailani Imej #cikb #cikbhavoc #fyp #bukakmulut #foryou #fyp??viral #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #foryoupage #fypage #datosrivida
Menerusi podcast Bukak Mulut, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen berkata dia menggemari imej ‘boyish’.
Difahamkan dahulu dia sering memakai jersi namun kini berubah dengan penampilan yang sedikit berbeza.
Saya dress up macam boyish sikit, saya sebenarnya suka rapper.
Dulu saya selalu pakai baju jersey, tapi bila dah terlalu ramai pakai saya pun tukar imej saya. Saya pakai lain sedikit.
Meskipun fesyen Cik B tidak sama dengan gadis seusianya, namun Cik B berkata ibunya tidak ada masalah tentang pakaian yang dipakai.
Mak saya..asalkan saya suka..baju ini pun dia suka. Sebab saya ‘stailo’ dan ‘swag’.
Sekadar info, Cik B sebelum ini pernah berhabis sebanyak RM657, 750 untuk pakaian dan aksesori daripada jenama mewah antarabangsa.
Selain berfesyen jenama mewah, gadis berusia 19 tahun itu juga pernah meraih perhatian warganet apabila dia menerima sebuah kereta jenis Brabus G63 sebagai hadiah ulang tahun kelahiran daripada ibunya.
Sumber: YouTube Audio+